Friday, October 18, 2013

kalau tak nak lari, jalan pun boleh

Assalamualaikum semua


girl with brown belt:
sir, can you please walk faster. u just block my way
man in white shirt:
ohh common, you don't even look at the path
man behind him:
damn, she's gorgeous. why she's not smiling at me?
old man with bottle:
hey ladies! you walk too fast. i got osteoporosis here
bold man at the back:
...beautiful girl all over the world... bla bla bla

- the end -

ok. kembali kepada tajuk entry


selain faedah yang dinyatakan di dalam gambar di atas, kau orang semua akan rasa badan menjadi lebih ringan. hal ini kerana:

- berjalan boleh mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik

- dapat merendahkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung

- berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproes gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah. berupaya mengurangkan risiko penyakit diabetes

- mampu meningkatkan keyakinan diri dan juga megurangkan stress dan tekanan kerana membantu penghasilan endorfin yang membuatkan kita lenih ceria dan sihat


kat sini aku ada satu tips yang aku selalu praktikkan. mudah dan senang. aku suka parking kete jauh dari tempat yang aku nak tuju tu TAPI depend jugak la kan. kalau aku sorang memang aku selalu buat la. kalau dengan family, kawan-kawan aku JARANG bukan tak penah buat taw. haha. see, cara mudah nak jalan kan... kalau tak pun jalan p masjid pun boleh. dah la dapat sihatkan jantung, pahala pun dapat. insha Allah

dah dah, sikit sudah. banyak pun kalau tak amalkan tak guna. ye dak?

sekian. wasalam

Thursday, October 10, 2013

first thing first

Assalamualaikum semua

done with my MNT II test :)

sebelum aku masukkan entry dalam blog ni aku rasa elok lah kalau aku buat sket pengenalan. mohon jangan salah paham sebab aku tak kan buat biodata diri macam zaman-zaman skola dulu tapi kalau nak hantar resume aku akan buat la. haha

tujuan aku buat blog ni bukan nak cerita pasal kehidupan aku, apa aku buat hari-hari, pergi mana dengan siapa sebab kadang-kadang tak semua benda kita perlu share secara public. cukuplah untuk diri sendiri saja. don't you want some privacy in your life? haha lagi pun aku bukannya retis. muka comel macam aku ni mana layak jadi retis. so blog ni untuk aku nak update pasal ilmiah, pasal FOOD NUTRITION, pasal perkara menarik yang aku rasa wajib share dan mungkin aku akan selit jugak la pengalaman aku dalam blog ni. ohh...then aku nak letak jugak muka aku sket nanti haha.

perasan tak aku highlight kan perkataan FOOD NUTRITION kat atas??? well, blog ini adalah salah satu medium untuk aku menggalakkan rakyat Malaysia menjadi golongan celik makanan. memandangkan aku sekarang dalam bidang Nutrition & Dietetics, aku rasa wajarlah kalau aku share pengetahuan aku dengan kau orang semua dan sesiapa sahaja yang sedang membaca entry ni. benda baik eloklah kita hebah-hebahkan. dulu ustaz kau orang ada ajar tak?

alhamdulillah, aku sekarang dah tahun ketiga ijazah sarjana muda dan insha Allah aku akan tamat pengajian dalam pertengahan tahun 2015 dan kalau ada rezeki nak jugak sambung master. mohon doannya :)

kat sini aku upload beberapa keping gambar untuk tatapan kau orang semua. haha. terimalah sedikit ta'aruf daripada aku. gambar ni dari zaman high skol sampai la jadi mahasiswa sekarang. kalau kau orang semua nak tengok gambar bakal laki aku doakan la jodoh yang terbaik untuk aku taw atau nak rekemenkan sapa-sapa kat aku ke, eh hahahh. aku rasa dalam hidup kita ni kena ada komunikasi antara satu sama lain barulah hidup kita ni warna-warni. lifestyle aku adalah biasa saja TAPI yang menjadikannya luar biasa adalah kawan-kawan dan teman disekeliling aku. I love them all!!!


 yang ni spm batch 2007, MRSM Kota Kinabalu
budak kelas aku bijak-bijak pastu ramai jugak continue di oversea
rezeki masing-masing kan
zaman high school memang aku tak kan lupa la
 tak dapat aku nak explain betapa rindunya waktu tu

  
ni plak Diploma Sains UiTM Sabah
setahun aku kat sana banyak sangat kenangan dengan mereka
paling banyak ponteng CTU tiba-tiba nampak muka amik test. eh?
zaman ni zaman aku baru nak blaja hidup dewasa
zaman nak kenal dunia
alhamdulillah, aku tetap jadi Raihan Rosidi

  
the best camp i ever had in mylife!
UiTM Arau, Perlis tempat aku tamatkan diploma aku
dorang semua ni budak-budak biology termasuklah aku
kat sini aku kenal banyak ragam manusia baik buruk
daripada semua tu aku belajar erti persahabatan

 we are DOUGHN4D, UiTM Puncak Alam
Deputy of UiTM Generation in Health, Nutrition and Dietetics
dah separuh perjalanan kami semua berlari bersama
sometimes we are laughing sometimes we having argument
BUT at the end of the day we still DOUGHN4D!


amacam? boleh sambung lagi ke??? haha aku rasa cukup dah kot. kalau nak lagi tunggu next entry la plak. penat lah aku nak karang. so tamat sudah sesi pengenalan dari aku.

sekian. wasalam

Wednesday, October 9, 2013

pembukaan. testing testing

Assalamualaikum semua

testing..testing..ok dah kot rasanya ni. haha

kepada semua yang baca first entry ni mohon jasa baik kau orang semua follow blog ni taw. insha Allah aku akan usahakan update bahan ilmiah dalam blog ni pastu aku nak comelkan lagi blog ni untuk keselesaan kau orang yang sedang membaca entry ni. sekarang ni aku sibok sket pasal ada keje nak kena settle. esok test MNT II so mohon doakan aku dan kawan-kawan seperjuangan.

sekian. wasalam