Thursday, October 10, 2013

first thing first

Assalamualaikum semua

done with my MNT II test :)

sebelum aku masukkan entry dalam blog ni aku rasa elok lah kalau aku buat sket pengenalan. mohon jangan salah paham sebab aku tak kan buat biodata diri macam zaman-zaman skola dulu tapi kalau nak hantar resume aku akan buat la. haha

tujuan aku buat blog ni bukan nak cerita pasal kehidupan aku, apa aku buat hari-hari, pergi mana dengan siapa sebab kadang-kadang tak semua benda kita perlu share secara public. cukuplah untuk diri sendiri saja. don't you want some privacy in your life? haha lagi pun aku bukannya retis. muka comel macam aku ni mana layak jadi retis. so blog ni untuk aku nak update pasal ilmiah, pasal FOOD NUTRITION, pasal perkara menarik yang aku rasa wajib share dan mungkin aku akan selit jugak la pengalaman aku dalam blog ni. ohh...then aku nak letak jugak muka aku sket nanti haha.

perasan tak aku highlight kan perkataan FOOD NUTRITION kat atas??? well, blog ini adalah salah satu medium untuk aku menggalakkan rakyat Malaysia menjadi golongan celik makanan. memandangkan aku sekarang dalam bidang Nutrition & Dietetics, aku rasa wajarlah kalau aku share pengetahuan aku dengan kau orang semua dan sesiapa sahaja yang sedang membaca entry ni. benda baik eloklah kita hebah-hebahkan. dulu ustaz kau orang ada ajar tak?

alhamdulillah, aku sekarang dah tahun ketiga ijazah sarjana muda dan insha Allah aku akan tamat pengajian dalam pertengahan tahun 2015 dan kalau ada rezeki nak jugak sambung master. mohon doannya :)

kat sini aku upload beberapa keping gambar untuk tatapan kau orang semua. haha. terimalah sedikit ta'aruf daripada aku. gambar ni dari zaman high skol sampai la jadi mahasiswa sekarang. kalau kau orang semua nak tengok gambar bakal laki aku doakan la jodoh yang terbaik untuk aku taw atau nak rekemenkan sapa-sapa kat aku ke, eh hahahh. aku rasa dalam hidup kita ni kena ada komunikasi antara satu sama lain barulah hidup kita ni warna-warni. lifestyle aku adalah biasa saja TAPI yang menjadikannya luar biasa adalah kawan-kawan dan teman disekeliling aku. I love them all!!!


 yang ni spm batch 2007, MRSM Kota Kinabalu
budak kelas aku bijak-bijak pastu ramai jugak continue di oversea
rezeki masing-masing kan
zaman high school memang aku tak kan lupa la
 tak dapat aku nak explain betapa rindunya waktu tu

  
ni plak Diploma Sains UiTM Sabah
setahun aku kat sana banyak sangat kenangan dengan mereka
paling banyak ponteng CTU tiba-tiba nampak muka amik test. eh?
zaman ni zaman aku baru nak blaja hidup dewasa
zaman nak kenal dunia
alhamdulillah, aku tetap jadi Raihan Rosidi

  
the best camp i ever had in mylife!
UiTM Arau, Perlis tempat aku tamatkan diploma aku
dorang semua ni budak-budak biology termasuklah aku
kat sini aku kenal banyak ragam manusia baik buruk
daripada semua tu aku belajar erti persahabatan

 we are DOUGHN4D, UiTM Puncak Alam
Deputy of UiTM Generation in Health, Nutrition and Dietetics
dah separuh perjalanan kami semua berlari bersama
sometimes we are laughing sometimes we having argument
BUT at the end of the day we still DOUGHN4D!


amacam? boleh sambung lagi ke??? haha aku rasa cukup dah kot. kalau nak lagi tunggu next entry la plak. penat lah aku nak karang. so tamat sudah sesi pengenalan dari aku.

sekian. wasalam

2 comments:

  1. amboi. nk jgk die selit kan pasal bakal laki dekat situ. i'm waitinggg. hahaha :D

    ReplyDelete
  2. haha mesti la. mohon doanya ok ;)

    ReplyDelete