Sunday, November 3, 2013

Mengapa Badan Manusia Perlukan POTASSIUM?

Potassium adalah mineral yang sangat diperlukan oleh badan kita. Potassium, Sodium dan Chloride adalah sumber mineral daripada kumpulan electrolyte. Electrolyte berfungsi mengalirkan cas elektrik dalam badan yang diangkut oleh darah dan juga cecair dalam badan. Lebih kurang 95% potassium dalam badan manusia disimpan di dalam sel manakala sodium dan chloride disimpan di luar sel.

 potassium berada di dalam sel badan
sodium berada di luar sel badan
chloride jugak berada di luar sel badan


Fungsi utama potassium adalah mengawal aktiviti pergerakkan otot-otot dan saraf. Jumlah potassium yang tepat dan seimbang dapat membantu mengawal kekerapan otot mengecut dan mengembang. Tanpa potassium yang cukup, badan kita tidak dapat menjalankan aktiviti tertentu. Apakah yang dilakukan oleh potassium di dalam badan kita?
  • membantu otot dan saraf berfungsi dengan baik
  • menjaga keseimbangan electrolyte dalam badan
  • membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi

 Tanda-tanda kekurangan potassium dalam badan adalah:
  • otot menjadi lemah
  • kebingungan (confussion)
  • mudah tersinggung
  • keletihan
  • cirit birit kronik
  • melakukan senaman secara intensif dan berlebihan
  • menggunakan ubat-ubatan diuretic tertentu
  • jantung berdenyut perlahan

Makanan yang mengandungi tinggi potassium:
  • bayam
  • pisang
  • sawi hijau
  • sawi putih
  • sawi cina
  • kailan
  • kubis
  • brokoli
  • daun salad
  • daun pegaga
  • daun sup
  • daun bawang
  • daun pasli
  • kacang soya
  • minyak kanola

Perlu diingatkan juga bahawan makanan yang tinggi potassium ini janganlah diambil terlalu banyak dalam diet seharian. Ini kerana potassium yang berlebihan akan mendatangkan masalah lain kepada badan kita. Contohnya jantung akan berdenyut laju dan boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Kebiasaannya tinggi potassium terjadi dalam kalangan pesakit yang mempunyai kegagalan buah pinggang. Apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi maka ia tidak dapat mengeluarkan potassium yang berlebihan dan menyebabkan potassium tersebut berkumpul dalam badan.

Bagaimana Potassium Berinteraksi dalam Badan?

Badan kita mempunyai banyak sel dan saraf yang menpunyai saluran-saluran khusus untuk menggerakkan potassium keluar masuk dari sel. Kadang-kadang potassium boleh bergerak secara bebas, Kadang-kadang pula potassium ini memerlukan pam khas untuk menjana tenaga bagi membantu pergerakkan potassium. Jika potassium dalam diet pemakanan seharian kita kurang atau terlebih maka aktiviti otot dan saraf kita akan terganggu dan boleh menyebabkan tanda-tanda yang dinyatakan di atas terjadi.



rajah di atasmenunjukkan mekanisma sodium-potassium pump dalam badan manusia

Untuk memastikan agar potassium melakukan fungsi ini dengan baik, tahap darah mestilah dijaga supaya berada diantara 3.5 dan 5.5 mEq/L. Buah pinggang membantu untuk memastikan agar potassium berada pada tahap yang normal. Ini kerana jika potassium berapa pada tahap tinggi atau rendah ianya boleh mendatangkan bahaya.

Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan kekurangan mineral dalam badan terutamanya POTASSIUM. Apa yang penting di sini ialah MODERATION.


sekian. terima kasih

sumber: buahpinggangsihat.com dan MedlinePlus.com

No comments:

Post a Comment